Jumaat, 22 Jun 2018 | 8:42am
Keadaan Bursa Saham New York. - Foto EPA-EFE
Keadaan Bursa Saham New York. - Foto EPA-EFE

Wall Street jatuh

BENGALURU: Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) jatuh, ditarik turun penyusutan dalam Amazon selepas Mahkamah Agung AS membenarkan negeri-negeri mengenakan tekanan ke atas peruncit dalam talian mengutip cukai jualan.

Amazon susut 0.7 peratus dan muncul kaunter utama menarik turun S&P dan Nasdaq.

Menambah kepada tekanan pasaran ialah langkah Daimler mengurangkan unjuran keuntungan 2018 dan BMW meninjau "opsyen strategik" disebabkan pertelingkahan perdagangan antara As dan China yang kian memuncak.

Harga saham syarikat automotif AS jatuh, Ford susut 1.6 peratus manakala General Motors turun 2.5 peratus.

Presiden Donald Trump terus menyemarakkan ketegangan perdagangan, dan Beijing boleh saja menyerang mana-mana syarikat senaraian Dow Jones Industrial Average, kata surat khabar tabloid The Global Times yang dikuasai kerajaan China dalam ruangan komentarnya.

Saham syarikat di bawah senarai Dow, Caterpillar dan Boeing, yang bergantung kepada China bagi meraih sebahagian besar pendapatannya, mencatat penurunan terbesar.

Caterpillar jatuh dua peratus dan Boeing turun 1.6 peratus.

Dow Jones Industrial Average jatuh 196.1 mata, atau 0.8 peratus, kepada 24,461.7.

S&P 500 susut 17.56 mata, atau 0.63 peratus, kepada 2,749.76.

Nasdaq Composite susut 68.56 mata, atau 0.88 peratus, kepada 7,712.95.

Sejumlah 6.87 bilion saham bertukar tangan berbanding 7 bilion purata dagangan 20 sesi sebelum ini. - Reuters

Berita Harian X