Rabu, 20 Jun 2018 | 7:29am

Wall Street ditutup rendah

NEW YORK: Harga saham Amerika Syarikat (AS) turun susulan kebimbangan pelabur berhubung pertikaian perdagangan antara AS dan China yang semakin memuncak.

Penyusutan itu meletakkan Dow Jones Industrial Average kembali ke dalam wilayah negatif bagi tahun ini.

Presiden Donald Trump mengancam mengenakan tarif 10 peratus ke atas AS$200 bilion barangan China, dan Beijing memberi amaran ia akan bertindak balas.

Trump berkata langkah itu diambil AS susulan keputusan China menaikkan tarif ke atas AS$50 bilion barangan AS.

Dow Jones Industrial Average turun 284.82 mata, atau 1.14 peratus, kepada 24,702.65.

S&P 500 susut 11.32 mata, atau 0.41 peratus, kepada 2,762.43.

Nasdaq Composite susut 24.94 mata, atau 0.32 peratus, kepada 7,722.09. - Reuters

Berita Harian X