Khamis, 14 Jun 2018 | 9:34am
- Gambar hiasan
- Gambar hiasan

Brent susut 28 cent kepada AS$76.46

SINGAPURA: Harga minyak susut hari ini, diseret oleh faktor kenaikan pengeluaran walaupun permintaan terhadap komoditi itu mengukuh, selain penyusutan inventori di Amerika Syarikat (AS) memberikan sokongan kepada pasaran.

Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa bagi harga minyak berada pada AS$76.46 setong pada 0046 GMT, susut 28 cent atau 0.4 peratus berbanding penutup sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$66.58 setong, jatuh enam cent daripada penutup terakhirnya.

Harga minyak mentah diseret turut oleh satu lagi kenaikan dalam pengeluaran di AS yang mencecah paras tertinggi mingguan iaitu 10.9 juta tong sehari (bpd) minggu lalu, demikian menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) pada Rabu.

Pengeluaran minyak mentah AS meningkat hampir 30 peratus dalam tempoh dua tahun lalu dan kini ia menghampiri paras pengeluar utama utama, Russia, yang mengeluarkan 11.1 juta bpd secara keseluruhan dalam tempoh dua minggu pertama pada Jun.

Namun, peningkatan pengeluaran hadir di tengah-tengah permintaan kukuh, yang dikatakan peniaga sebagai menghalang harga minyak jatuh lebih besar.

Penggunaan petrol AS meningkat kepada paras tertinggi dalam sejarah iaitu 9.88 juta bpd minggu lalu, demikian menurut EIA.

- Reuters

Berita Harian X