Rabu, 6 Jun 2018 | 8:06am

Nasdaq ditutup rekod tertinggi

NEW YORK: Nasdaq ditutup pada rekod tertinggi untuk hari kedua berturut-turut disokong sektor teknologi dan pengguna.

Indeks S&P 500 pula menokok berikutan pelabur menunggu data ekonomi mantap Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, saham perbankan susut bersama-sama pulangan bon perbendaharaan AS, dan pelabur kelihatan lebih menyukai bon berbanding sektor ekuiti yang defensif seperti utiliti dan barangan pengguna.

Lonjakan terbesar Nasdaq ialah Amazon.com, yang naik 1.9 peratus, sekali gus menerajui kenaikan indeks pengguna S&P.

Apple menokok 0.8 peratus, menyumbang mata kenaikan terbesar kepada indeks teknologi dan kedua terbesar bagi Nasdaq.

Dow Jones Industrial Average susut 13.71 mata, atau 0.06 peratus, kepada 24,799.98.

S&P 500 menambah 1.93 mata, atau 0.07 peratus, kepada 2,748.8.

Nasdaq Composite menambah 31.40 mata, atau 0.41 peratus, kepada 7,637.86.

Sejumlah 6.58 bilion saham bertukar tangan, berbanding 6.64 bilion purata 20 hari dagangan sebelum ini. - Reuters

Berita Harian X