Isnin, 4 Jun 2018 | 9:53am

Ringgit mengukuh

KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di awal dagangan berikutan peralihan minat pelabur daripada dolar AS disebabkan ketidaktentuan berhubung potensi risiko politik.

Pada 9.09 pagi, ringgit disebut pada harga 3.9750/9800 berbanding dolar AS daripada 3.9770/9800 penutup Jumaat.

Ringgit mengukuh berbanding mata wang utama lain kecuali pound British pound, yang mana ia susut kepada 5.3114/3201 daripada 5.2902/2946 Jumaat.

Ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.6400/6474 daripada 4.6551/6594, mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9706/9746 daripada 2.9728/9761 dan mengukuh berbanding yen kepada 3.6235/6284 daripada 3.6393/6430. - BERNAMA

Berita Harian X