Jumaat, 4 Mei 2018 | 10:24am

Ringgit dibuka rendah

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini susulan permintaan yang lebih tinggi ke atas dolar.

Pada jam 9.14 pagi, ringgit diniagakan pada 3.9350/9390 berbanding dolar AS daripada 3.9310/9350 yang direkodkan pada penutupan semalam.

Seorang peniaga berkata, peniaga berhati-hati ke atas ringgit ekoran keyakinan pasaran bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) akan menaikkan kadar faedah pada Jun.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali pound British, dengan nota tempatan meningkat kepada 5.3410/3484 daripada 5.3462/3528.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.9553/9594 daripada 2.9536/9578 semalam, rendah berbanding yen kepada 3.6045/6088 daripada 3.5886/5930 dan lebih rendah berbanding euro pada 4.7145/7209 daripada 4.7133/7189.

-- BERNAMA

Berita Harian X