Khamis, 3 Mei 2018 | 10:44am

Ringgit dibuka rendah

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan permintaan lebih baik untuk dolar, disokong unjuran ekonomi terbesar dunia yang lebih kukuh.

Pada jam 9.12 pagi, ringgit didagangkan kepada 3.9360/9400 berbanding dolar AS daripada 3.9330/9360 yang dicatatkan pada penutup semalam.

Peniaga berkata, dalam tempoh beberapa minggu lalu, dolar AS menerima sokongan daripada unjuran ekonomi AS yang kukuh dan kenaikan hasil, meskipun Rizab Persekutuan (Fed) mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat dasar selama dua hari, semalam.

"Di peringkat domestik, bagaimanapun, tiada pemangkin mencukupi untuk menolak ringgit lebih tinggi," katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9468/9509 daripada 2.9458/9499 dan rendah berbanding yen kepada 3.5873/5913 daripada 3.5807/5844.

Ringgit mengukuh berbanding pound kepada 5.3478/3537 daripada 5.3701/3766 tinggi kepada 4.7098/7162 daripada 4.7188/7213 berbanding euro.

-- BERNAMA

Berita Harian X