Rabu, 2 Mei 2018 | 10:20am

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah selepas cuti umum Hari Pekerja, diheret turun antara lain oleh saham berkaitan kewangan, kata seorang peniaga.

Pada 9.02 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) didagangkan pada 1,859.55, susut 10.82 mata berbanding 1,870.37 pada penutupan Isnin.

Indeks dibuka 10.91 mata lebih rendah pada 1,859.46.

Berdasaran kedudukan pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 117 berbanding 74, manakala 104 kaunter tidak berubah, 1,560 tidak diniagakan dan 16 yang ain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 86.86 juta unit bernilai RM17.35 juta.

Dalam notanya hari ini, Kenanga Research berkata pertumbuhan pinjaman untuk 18 Mac susut berbanding 18 Februari sebanyak +4.4 peratus tahun ke tahun, namun lebih tinggi bulan ke bulan sebanyak 10 mata asas kepada 0.4 peratus.

"Permohonan pinjaman meningkat pada Mac namun pada asas YoY, tidak berubah dengan permohonan isi rumah merosot buat bulan kedua berturut-turut. Dengan jumlah kelulusan merosot, penunjuk mengunjurkan pertumbuhan pinjaman rendah pada masa hadapan.

"Kami mengunjurkan pinjaman menyederhana pada masa akan datang, sekali gus kami mengekalkan prospek neutral bagi sektor perbankan," katanya.

Sementara itu, Maybank susut dua sen kepada RM10.76, CIMB turun lima sen kepada RM7.15, Hong Leong turun 18 sen kepada RM18.82, manakala Public Bank tidak berubah pada RM23.80.

Bagi saham wajaran tinggi lain, Tenaga susut dua sen kepada RM15.82, Petronas Chemicals turun lapan sen kepada RM8.37 dan IHH turun sembilan sen kepada RM5.99.

Bagi saham aktif, Sumatec Resources turun dua sen kepada 4.5 sen, AirAsia X susut setengah sen kepada 38 sen, YKGI meningkat tiga sen kepada 24.5 sen manakala Pansar tidak berubah pada RM1.20.

Indeks FBM Emas merosot 70.50 mata kepada 12,963.19, Indeks FBMT 100 turun 75.08 mata kepada 12,777.09, Indeks FBM Emas Shariah susut 95.31 mata kepada 13,073.83, FBM Ace turun 5.93 mata kepada 5,279.59 dan FBM 70 susut 92.76 mata kepada 15,360.23.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 43.36 mata kepada 7,932.48, Indeks Perusahaan turun 23.77 mata kepada 3,202.64 dan Indeks Kewangan susut 75.81 mata kepada 18,286.58.

- BERNAMA

Berita Harian X