Isnin, 30 April 2018 | 11:49am
- Gambar hiasan
- Gambar hiasan

Harga minyak jatuh sedikit pagi ini

SINGAPURA: Harga minyak jatuh sedikit pagi ini berikutan peningkatan jumlah pelantar di Amerika Syarikat (AS) menandakan peningkatan pengeluaran.

Namun begitu, harga komoditi itu masih menghampiri paras tinggi dalam tempoh lebih tiga tahun dan berada dalam landasan untuk meningkat bagi bulan kedua berturut-turut.

Kompleks minyak didorong oleh kebimbangan bekalan di tengah-tengah prospek AS mengenakan semula sekatan terhadap Iran, sementara Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) akan terus mengurangkan bekalan.

Kontrak hadapan Brent, penanda aras antarabangsa jatuh 39 cents atau 0.5 peratus kepada AS$74.25 setong pada 0305 GMT.

Harga meningkat setinggi AS$75.47 minggu lalu, paras yang tidak pernah dilihat sejak November 2014.

Kontrak hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) berada pada paras AS$67.89 setong, jatuh 21 cents atau kira-kira 0.3 peratus berbanding paras penutup terakhirnya. - Reuters-

Berita Harian X