Rabu, 25 April 2018 | 8:18am
WALL Street susut ketara berikutan pulangan tinggi bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) 10 tahun yang pertama kali melepasi paras tiga peratus dalam empat tahun membimbangkan pelabur. - Foto hiasan
WALL Street susut ketara berikutan pulangan tinggi bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) 10 tahun yang pertama kali melepasi paras tiga peratus dalam empat tahun membimbangkan pelabur. - Foto hiasan

Wall Street susut

NEW YORK: Wall Street susut ketara berikutan pulangan tinggi bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) 10 tahun yang pertama kali melepasi paras tiga peratus dalam empat tahun membimbangkan pelabur, selain faktor peningkatan perbelanjaan syarikat.

Dow Jones Industrial Average susut 424.56 mata, atau 1.74 peratus, kepada 24,024.13.

S&P 500 turun 35.73 mata, atau 1.34 peratus, kepada 2,634.56.

Nasdaq Composite susut 121.25 mata, atau 1.7 peratus, kepada 7,007.35.

Sejumlah 7.22 bilion saham bertukar tangan, berbanding 6.80 bilion purata 20 hari dagangan sebelum ini.

S&P 500 dan Dow mencatat penurunan terbesar dalam tempoh dua setengah minggu, dan Dow Jones Industrial Average susut untuk hari kelima berturut-turut. S&P 500 susut 1.5 peratus setakat tahun ini.

Pulangan bon yang lebih tinggi mendorong pengurus portfolio menimbang menggerakkan wang ke dalam sekuriti pendapatan tetap yang lebih menarik berbanding melabur dalam pasaran saham.

Saham teknologi juga menyumbang kepada penurunan indeks.

Facebook Inc susut 3.7 peratus. Saham Alphabet merosot 4.77 peratus, memadamkan kenaikan sebelum ini berikutan peningkatan perbelanjaan dan penguncupan marjin keuntungan.

Apple Inc susut 1.39 peratus kerana kebimbangan permintaan lemah terhadap telefon pintar, manakala Amazon.com Inc dan Netflix Inc juga menarik turun Nasdaq. - Reuters

Berita Harian X