Khamis, 15 March 2018 | 6:16pm

Harga minyak kekal kukuh

SINGAPURA: Harga minyak kekal kukuh pada Khamis, disokong oleh permintaan global yang memberangsangkan, namun dihadkan oleh peningkatan pengeluaran Amerika Syarikat (AS).

Niaga hadapan minyak mentah AS West Texas Intermediate (WTI) meningkat 7 cents, atau 0.1 peratus, kepada AS$61.03 satu tong pada 0518 GMT.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$64.90 satu tong, naik 1 cent.

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) pada semalam, berkata penggunaan minyak dijangka akan meningkat 1.62 juta tong sehari (bpd) pada 2018.

Namun, lonjakan terhadap pengeluaran minyak mentah AS menjangkaui pasaran, yang mana ia meningkat kepada 10.38 bpd pada minggu lalu, naik lebih daripada 23 peratus sejak pertengahan 2016.

Inventori minyak mentah komersial meningkat lima juta tong kepada 430.93 juta tong.

"Peningkatan pengeluaran minyak AS akan terus melemahkan usaha OPEC untuk mengukuhkan harga minyak," kata broker di Phillip Futures dalam satu nota pada Khamis.

OPEC pada Rabu meningkatkan ramalannya bagi bekalan minyak negara bukan OPEC untuk menggandakan pertumbuhan yang dijangka empat bulan lalu.

Kumpulan itu berkata negara bukan OPEC dijangka meningkatkan bekalan keppada 1.66 juta bpd pada 2018.

-REUTERS

Berita Harian X