Khamis, 1 March 2018 | 8:54am

Saham AS ditutup rendah

NEW YORK: Saham Amerika Syarikat ditutup rendah semalam, didorong kebimbangan terhadap kenaikan kadar faedah, dan manakala Dow dan S&P merekodkan bulan terburuknya sejak Januari 2016.

S&P 500 menamatkan perolehan untung 10 bulan berturut-turut, yang mana ia adalah tempoh perolehan paling lama dicatatkan sejak mencapai perolehan 11 bulan berturut-turut pada Mac 1958 hingga Januari 1959.

Ulasan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS, Jerome Powell, pada Selasa mewujudkan kebimbangan di pasaran terhadap kenaikan kadar faedah lebih daripada jangkaan pada tahun ini.

"Pelabur masih mencari petunjuk berkenaan hala tuju Fed AS bermula sekarang hingga akhir tahun ini," kata Naib Presiden Kanan di BB&T Wealth Management di Birmingham, Alabama, Bucky Hellwig.

Indeks Votaliti Cboe ditutup meningkat 1.26 kepada 19.85, penutupan tertingginya pada minggu ini.

Dow Jones Industrial Average susut 380/83 mata, atau 1.5 peratus, kepada 25,029.2.

S&P 500 menyusut 30.45 mata, atau 1.11 peratus kepada 2,713.83 manakala Nasdaq Composite menurun 57.35 mata, atau 0.78 peratus kepada 7,273.01.

Untuk Februari, Dow susut 4.3 peratus manakala S&P 500 menurun 3.9 peratus. Nasdaq menyusut 1.9 peratus, penurunan peratusan bulanan terbesarnya sejak Oktober 2016.

- REUTERS

Berita Harian X