Isnin, 26 Februari 2018 | 10:34pm
- Gambar hiasan
- Gambar hiasan

Wall Street dibuka lebih kukuh

NEW YORK: Niaga hadapan indeks saham Amerika Syarikat (AS) dibuka lebih kukuh pada pembukaan di Wall Street hari ini, dengan pelabur mengharapkan Pengerusi baharu Rizab Persekutuan (Fed), Jerome Powell dapat membantu bank pusat AS meneruskan pengetatan monetari yang stabil.

Powell akan berdepan dengan beberapa pertanyaan daripada kedua-dua pihak Kongres AS, selepas mengambil alih jawatan itu daripada pengerusi terdahulu, Janet Yellen.

Pasaran kini sedang menunggu testimoni Powell dan pelabur kini bersikap tunggu dan lihat sama ada ia akan membantu mengimbangi pasaran di seluruh dunia.

"Akan ada beberapa perkara akan diperkatakan mengenai beliau (Powell). Tumpuannya adalah untuk melihat sama ia membawa kepada yang lebih baik," kata, Aaron Clark, Pengurus Portfolio di GW&K Investment Management.

Pada 8.34 pagi. ET, e-mini Dow menambah 143 mata, e-mini S&P 500 menokok 10 mata dan dan e-mini Nasdaq 100 naik 27 mata.

-REUTERS

Berita Harian X