Isnin, 26 Februari 2018 | 10:12am

Harga minyak hampiri paras tinggi dua minggu

TOKYO: Harga minyak menghampiri paras tinggi dua minggu pada Isnin, disokong kenyataan daripada Arab Saudi bahawa negara itu komited untuk mengurangkan eksport selari dengan usaha Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) untuk mengurangkan bekalan minyak global.

Penghantaran April bagi minyak mentah US West Texas Intermediate meningkat 2 cents kepada AS$63.57 satu tong pada 2340 GMT, selepas meningkat tiga peratus pada minggu lalu.

Minyak mentah Brent London, susut 4 cents kepada AS$67.27, selepas naik empat peratus minggu lalu.

Arab Saudi berharap OPEC dan negara bersekutunya akan mengurangkan bekalan tahun depan untuk menstabilkan pasaran minyak susulan perjanjian pengurangan bekalan minyak berakhir tahun ini, kata menteri minyak Arab Saudi pada Sabtu lalu di New Delhi.

Pada Januari-Mac, pengeluaran minyak Arab Saudi akan berada di bawah paras pengeluaran, dengan purata eksport tujuh juta tong sehari (bpd) lebih rendah, kata menteri minyak Arab Saudi, Khalid al-Falih.

Syarikat tenaga Amerika Syarikat (AS) minggu lalu menambah satu pelantar minyak, peningkatan mingguan kelima berturut-turut, membawa kepada jumlah keseluruhan 799, paras tertinggi sejak April 2015, kata firma perkhidmatan tenaga Baker Hughes pada Jumaat lalu.

-REUTERS

Keywords: brent, wti, minyak, pasaran, ekonomi

Berita Harian X