Khamis, 4 Januari 2018 | 7:45am
Data Thomson Reuters.
Data Thomson Reuters.

S&P 500 melepasi 2,700

NEW YORK: Indeks S&P 500 menokok melepasi 2,700 buat kali pertama Rabu dan indeks utama lain mencecah rekod penutup tertinggi berikutan saham teknologi meningkat selepas mendapat petunjuk ekonomi berkembang dengan kukuh.

Bagi saham teknologi, Alphabet Inc, IBM dan syarikat pembuat cip adalah penggerak utama indeks.

Indeks S&P 500, sektor S&P yang mencatat prestasi paling cemerlang pada 2017 dengan lonjakan 37 peratus, ditutup 1.1 peratus lebih tinggi.

Dow Jones Industrial Average naik 98.67 mata, atau 0.4 peratus, kepada 24,922.68.

S&P 500 menambah 17.25 mata, atau 0.64 peratus, kepada 2,713.06.

Nasdaq Composite naik 58.63 mata, atau 0.84 peratus, kepada 7,065.53.

Sekitar 7.1 bilion saham bertukar tangan berbanding 6.3 bilion purata harian 20 hari dagangan sebelum ini, demikian menurut data Thomson Reuters. - Reuters

Berita Harian X