Khamis, 28 Disember 2017 | 10:50am

Harga minyak mentah hampiri paras tertinggi 2015

SINGAPURA: Harga minyak stabil pada Khamis dengan aktiviti dagangan mengukuh menjelang Tahun Baharu.

Memasuki tahun 2018, peniaga berkata bekalan agak terhad disebabkan pemotongan bekalan berterusan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) diterajui negara anggota di Asia Barat serta Russia.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) didagangkan pada AS$59.69 setong pada 0134 GMT, naik 5 cent daripada penutupan semalam. WTI mencecah paras AS$60 setong pada awal minggu ini, kali pertama sejak Jun 2015.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$66.50 setong, naik 6 cent. Brent mencecah paras AS$67 minggu ini, kali pertama sejak Mei 2015. - Reuters

Berita Harian X