Rabu, 20 Disember 2017 | 8:17pm

Bursa Malaysia ditutup tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan sokongan belian kukuh susulan aktiviti memperelok akaun serta kenaikan harga minyak.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik sebanyak 9.68 mata untuk ditutup kepada 1,746.63 daripada 1,736.95 pada Selasa.

Indeks itu dibuka tinggi naik 1.03 mata kepada 1,735.92 dan bergerak antara paras 1,735.44 dan 1,751.95 sepanjang hari dagangan.

Dalam keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 490 berbanding 396 dengan 415 kaunter tidak berubah, 566 kaunter tidak diniagakan dan 34 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 2.53 bilion saham bernilai RM2.26 bilion daripada 3.17 bilion saham bernilai RM2.90 bilion.

Ahli Persatuan Profesional Penganalisis Teknikal Malaysia, Amir Hassan, berkata pasaran menyaksikan dagangan besar-besaran dalam saham berkaitan bank dan teknologi, apabila Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia meningkat 3.4 peratus kepada 120.8 bagi asas tahun ke tahun pada November 2017 daripada 116.8 sebelumnya.

"IHP tinggi akan menjadi sebab lagi bagi Bank Negara Malaysia untuk menaikkan kadar faedah bagi Januari," katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM9.50, Public Bank meningkat 22 sen kepada RM20.72, manakala Tenaga susut empat sen kepada RM14.86 dan Petronas Chemicals turun satu sen kepada RM7.48.

Dalam kalangan kaunter cergas, Diversified Gateway Solutions dan PUC setiap satu menokok setengah sen masing-masing kepada 12.5 sen dan 32 sen, manakala MQ Technology naik satu sen kepada 7.5 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 74.72 mata kepada 12,585.59, Indeks FBMT 100 naik 76.52 mata kepada 12,256.55 dan FBM 70 melonjak 126.19 mata kepada 15,611.23

FBM Ace melonjak 115.30 mata kepada 6,469.14 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 60.29 mata kepada 12,909.33.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 133.00 mata kepada 16,609.34 tetapi Indeks Perladangan susut 0.7 mata kepada 7,789.42 dan Indeks

Perusahaan berkurangan 3.18 mata kepada 3,142.55.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 1.19 bilion unit bernilai RM2.02 bilion daripada 1.60 bilion unit bernilai RM2.64 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 1.04 bilion saham bernilai RM182.35 juta daripada 1.32 bilion saham bernilai RM206.07 juta.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 274.38 juta unit bernilai RM41.68 juta daripada 215.47 juta unit bernilai RM46.16 juta pada Selasa.

Barangan pengguna menyumbang 41.82 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (319.77 juta), pembinaan (45.08 juta), perdagangan dan perkhidmatan (411.72 juta), teknologi (165.19 juta), prasarana (12.57 juta), SPAC (3.93 juta), kewangan (75.99 juta), hotel (444,400), hartanah (91.13 juta), perladangan (22.51 juta), perlombongan (16,000), REITs (7.90 juta), dan dana tertutup (87,200). - BERNAMA

Berita Harian X