Selasa, 19 Disember 2017 | 7:34am

Wall Street ditutup pada rekod tertinggi

NEW YORK: Wall Street ditutup pada rekod tertinggi di tengah-tengah keyakinan bahawa pengenalan kadar cukai korporat yang lebih rendah oleh Republikan dapat direalisasikan.

Dow Jones Industrial Average menokok 140.46 mata, atau 0.57 peratus, kepada 24,792.2.

S&P 500 naik 14.35 mata, atau 0.54 peratus, kepada 2,690.16.

Nasdaq Composite menambah 58.18 mata, atau 0.84 peratus, kepada 6,994.76.

Ketiga-tiga indeks itu mencatat rekod penutup tertinggi. - Reuters

Berita Harian X