Khamis, 30 November 2017 | 7:37am

Dow Jones ditutup rekod tertinggi, Nasdaq jatuh

NEW YORK: Nasdaq mencatat kejatuhan harian terbesar dalam lebih tiga bulan Rabu berikutan pelabur meninggalkan saham teknologi dan beralih kepada perbankan dan saham lain.

Kenaikan dalam saham kewangan, perindustrian dan penjagaan kesihatan melonjakkan Dow Jones, memberikan indeks saham utama itu satu lagi rekod penutup tertinggi, sekali gus membantu penanda aras S&P 500 ditutup hanya rendah sedikit.

Saham berkaitan teknologi menyaksikan kejatuhan. Saham Amazon, Apple, Alphabet dan Facebook jatuh antara dua peratus dan empat peratus.

Kewangan menokok 1.8 peratus, menambah kepada kenaikan Selasa dan adalah kenaikan dua hari terbesar sejak pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) 2016. JP Morgan menokok 2.3 peratus dan Wells Fargo naik 2.0 peratus.

Dow Jones Industrial Average menokok 103.97 mata, atau 0.44 peratus, kepada 23,940.68.

S&P 500 susut 0.97 mata, atau 0.04 peratus, kepada 2,626.07.

Nasdaq Composite jatuh 88.02 mata, atau 1.27 peratus, kepada 6,824.34. - Reuters

Berita Harian X