Selasa, 28 November 2017 | 6:10pm

Harga minyak mentah ditutup rendah

SINGAPURA: Harga minyak mentah jatuh dalam dagangan Asia di tengah-tengah ketidakpastian mengenai kemungkinan lanjutan sekatan pengeluaran oleh pengeluar utama, dan jangkaan bekalan yang lebih tinggi berikutan saluran minyak Keystone dibuka semula.

Niaga hadapan Brent turun kepada AS$63.72 setong pada 0753 GMT, turun 12 sen atau 0.2 peratus dari penutup sebelumnya.

Niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) turun 29 sen atau 0.5 peratus, kepada AS$57.82 setong, selepas turun 1.4 peratus pada sesi terakhir.

Minyak mentah AS mencecah AS$59.05 setong pada Jumaat, paras tertinggi sejak pertengahan 2015, didorong oleh gangguan saluran paip Keystone, satu laluan eksport mentah utama Kanada ke AS. - Reuters

Berita Harian X