Khamis, 16 November 2017 | 10:54pm
Pedagang pasaran betugas pada penutupan Purata Perindustrian Dow di Pasaran Saham New York di New York. - Foto AFP
Pedagang pasaran betugas pada penutupan Purata Perindustrian Dow di Pasaran Saham New York di New York. - Foto AFP

Indeks saham AS kembali pulih

NEW YORK: Indeks saham Amerika Syarikat (AS) kembali pulih selepas berdepan kerugian dua hari, didorong pengukuhan pendapatan daripada Wal-Mart dan Cisco.

Saham peruncit terbesar dunia itu melonjak 4.42 peratus dalam dagangan awal selepas syarikat berkenaan melaporkan angka jualan lebih baik daripada jangkaan, disumbangkan oleh pembelian dan jualan dalam talian yang meningkat tinggi.

Saham Cisco melonjak 6.36 peratus selepas dilaporkan peningkatan kukuh dalam perniagaan keselamatan.

S&P 500 merekodkan penurunan peratusan terbesar dalam tempoh dua bulan pada Rabu berikutan kejatuhan saham tenaga selari dengan penurunan harga minyak dan kebimbangan pelaksanaan pelan cukai terbaharu oleh Senat Republikan AS.

Pada 8:34 pagi ET (1234 GMT), e-mini Dow e-minis naik 68 mata, atau 0.29 peratus, dengan 29,947 kontrak bertukar tangan.

E-mini S&P 500 menambah 7.75 mata, atau 0.3 peratus, dengan 208,483 kontrak diniagakan.

E-mini Nasdaq 100 menokok 26 mata, atau 0.41 peratus, dengan sejumlah 39,997 kontrak. - Reuters

Berita Harian X