Isnin, 6 November 2017 | 10:30am

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, susulan minat belian saham wajaran tinggi terpilih.

Pada jam 9.15 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.85 mata kepada 1,744.78, berbanding 1,740.93 pada penutupan Jumaat.

Indeks utama dibuka 2.32 mata lebih tinggi kepada 1,743.25. Kaunter untung dalam kalangan saham berwajaran tinggi termasuk YTL Corp, Maybank dan AMMB Holdings yang masing-masing menambah satu sen kepada RM1.25, RM9.25 dan RM4.32, manakala Hong Leong Financial Group, Digi dan IHH Healthcare masing-masing kekal pada RM16.78, RM4.94 dan RM5.60.

JF Apex Securities menjangkakan indeks penanda aras tempatan akan didagangkan mendatar di bawah paras rintangan terdekatnya pada 1,750 mata hari ini, selepas mencatatkan prestasi yang rendah Jumaat lalu.

"Ekuiti US ditutup pada paras tertinggi pada hari Jumaat hasil daripada peningkatan ketara saham Apple. Qualcomm turut melonjak apabila Broadcom menimbang untuk mengambil alih pembuat cip terbabit.

"Pasaran Eropah juga ditutup lebih tinggi, meningkat hampir 3 peratus, dengan kebanyakan sektor dan bursa utama dalam kedudukan positif," katanya dalam nota hari ini.

"Jumlah dagangan positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 227 berbanding 124 manakala 224 kaunter tidak berubah, 1,239 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung," katanya.

Jumlah dagangan sebanyak 379.73 juta saham bernilai RM118.60 juta.Bagi saham aktif, Diversified Gateway dan PUC masing-masing meningkat setengah sen kepada lapan sen dan 20 sen, Ekovest naik dua sen kepada RM1, Nova MSC menambah satu sen kepada 11.5 sen manakala EA Holdings kekal pada 4.5 sen.

Indeks FBM Emas naik 33.76 mata kepada 12,596.92, Indeks FBMT100 menambah 31.48 mata kepada 12,228.96 dan FBM Ace meningkat 28.72 mata kepada 6,885.99.FBM 70 meningkat 56.61 mata kepada 15,535.07 manakala Indeks FBM Emas Shariah menambah 33.88 mata kepada 13,061.16.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 33.97 mata kepada 16,317.41 manakala Indeks Perladangan naik 27.27 mata kepada 8,018.22 dan Indeks Perindustrian menambah 11.18 mata kepada 3,188.79. - BERNAMA

 

Berita Harian X