Jumaat, 27 Oktober 2017 | 8:34am

Dow Jones, S&P menokok, tetapi Nasdaq susut

NEW YORK: Dow Jones dan S&P 500 ditutup lebih tinggi selepas pengumuman prestasi kewangan korporat yang positif, tetapi kenaikan dihadkan oleh penyusutan dalam indeks Nasdaq.

Dow Jones Industrial Average menokok 71.61 mata atau 0.31 peratus, kepada 23,401.07.

S&P 500 menambah 3.26 mata, atau 0.13 peratus kepada 2,560.41.

Bagaimanapun, Nasdaq Composite susut 7.12 mata atau 0.11 peratus, kepada 6,556.77.

Sejumlah 7.04 bilion saham bertukar tangan, lebih tinggi daripada purata harian lebih 20 sesi sebanyak 5.97 bilion saham.

DowDuPont menokok 2.8 peratus, memberi lonjakan terbesar kepada S&P 500. Ramalan keuntungan suku ketiga syarikat itu jauh lebih tinggi berbanding jangkaan Wall Street. Ia akan mengeluarkan laporan kewangan rasmi minggu depan

Twitter melonjak 18.5 peratus selepas syarikat itu berkata, ia berkemungkinan meraih keuntungan pertama pada suku kewangan keempat, disokong pengurangan kos dan sumber pendapatan baharu.

Separuh daripada syarikat sudah melaporkan prestasi kewangan suku ketiga masing-masing, 74 peratus daripadanya lebih tinggi daripada jangkaan. - Reuters

Berita Harian X