Rabu, 25 Oktober 2017 | 8:49am

Dow Jones ditutup tinggi

NEW YORK: Dow Jones mencatat peratusan kenaikan harian terbesar dalam lebih sebulan, susulan keputusan kewangan lebih kukuh daripada jangkaan dan ramalan positif syarikat termasuk, 3M dan Caterpillar, yang menyemarakkan keyakinan pelabur berhubung kekuatan ekonomi.

S&P 500 dan Nasdaq juga ditutup tinggi sedikit.

3M menambah 5.9 peratus dan Caterpillar naik lima peratus, memberi lonjakan terbesar kepada Dow Jones, selepas syarikat terbabit melaporkan keputusan sukuan memberangsangkan dan menunjukkan tinjauan positif.

Dow Jones Industrial Average menokok 167.8 mata, atau 0.72 peratus, untuk ditutup pada 23,441.76, penutup tertinggi.

S&P 500 menambah 4.15 mata, atau 0.16 peratus, kepada 2,569.13.

Nasdaq Composite naik 11.60 mata, atau 0.18 peratus, kepada 6,598.43.

Keputusan kewangan lebih kukuh daripada jangkaan turut ditunjukkan General Motors, yang menokok tiga peratus.

Sementara itu, indeks kewangan yang naik 0.7 peratus, memberi lonjakan terbesar kepada S&P 500. - Reuters

Berita Harian X