Jumaat, 25 Ogos 2017 | 10:19am

Taufan Harvey jejas harga minyak

SINGAPURA: Harga minyak tidak menentu dalam dagangan awal hari ini berikutan pasaran cuba melihat sebarang potensi kesan daripada taufan Harvey.

Taufan itu kini menghala ke Texas, iaitu pusat industri minyak Amerika Syarikat (AS).

Peniaga berkata, harga naik apabila pengeluaran minyak di kawasan terjejas ditutup sebagai persediaan menghadapi taufan berkenaan.

Harga naik selepas minyak mentah merosot kira-kira dua peratus pada sesi sebelumnya disebabkan penutupan itu.

"Taufan Harvey boleh mengganggu pengeluaran minyak dan loji penapisan," kata William O'Loughlin, penganalisis pelaburan di Rivkin Securities.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS berapa pada AS$47.72 setong pada 0036 GMT, naik 29 cents atau 0.6 peratus daripada penutup sebelumnya.

Sementara, niaga hadapan bagi minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa bagi harga minyak berada pada AS$52.36 setong, meningkat 32 cents atau 0.6 peratus, berbanding penutup sebelumnya. - REUTERS

Berita Harian X