Selasa, 8 Ogos 2017 | 8:17am
- Gambar hiasan
- Gambar hiasan

Dow Jones ditutup pada rekod tertinggi

NEW YORK: Dow Jones Industrial Average menokok hari ini untuk ditutup pada rekod tertinggi yang ke sembilan berturut-turut.

Dow Jones menokok 25.61 mata, atau 0.12 peratus, kepada 22,118.42.

S&P 500 menambah 4.08 mata, atau 0.16 peratus, kepada 2,480.91 dan Nasdaq Composite menokok 32.21 mata, atau 0.51 peratus, kepada 6,383.77.

Kali terakhir Dow Jones ditutup pada rekod tertinggi ke sembilan berturut-turut ialah pada Februari.

S&P, yang naik sekitar 11 peratus tahun ini, didagangkan 18 kali jangkaan pendapatannya, berbanding purata 10 tahun sebanyak 14 kali, demikian menurut Thomson Reuters Datastream. - Reuters

Berita Harian X