Jumaat, 21 Julai 2017 | 10:42pm

Saham AS dibuka rendah

NEW YORK: Indeks saham Amerika Syarikat (AS) dibuka lebih rendah hari ini.

Harga saham GE jatuh sebanyak 5.4 peratus ke paras terendah sejak Oktober 2015, susulan laporan penyusutan keuntungan hampir 60 peratus, sekali gus menarik turun Dow Jones dan S&P 500.

Pada 9.37 pagi waktu New York (1337 GMT), Dow Jones Industrial Average susut 65.65 mata, atau 0.3 peratus, pada 21,546.13.

S&P 500 turun 6.08 mata, atau 0.24 peratus, pada 2,467.37.

Nasdaq Composite turun 14.92 mata, atau 0.23 peratus, pada 6,375.08.

Sembilan daripada 11 sektor utama S&P lebih rendah, dengan indeks perindustrian menerajui kejatuhan dengan 0.81 peratus. - Reuters

Berita Harian X