SINGAPURA: Harga minyak kekal kukuh hari ini, disokong kenaikan semalam apabila kejatuhan inventori Amerika Syarikat (AS) memacu pasaran.
Bagaimanapun, harga minyak mentah Brent kekal di bawah AS$50 setong susulan kebimbangan bekalan tinggi daripada kartel pengeluar Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) meskipun ia berikrar untuk mengurangkan pengeluaran dalam usaha melonjak harga.
Niaga hadapan minyak mentah Brent, iaitu penanda aras antarabangsa bagi minyak berada pada AS$49.67 setong pada 0132 GMT, tiga cent di bawah paras penutup semalam.
Niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$47.08 setong, empat cent di bawah penutup sebelumnya.
Harga meningkat hampir dua peratus pada sesi sebelumnya berikutan laporan berhubung kejatuhan bekalan minyak di AS.
Reuters