Isnin, 17 Julai 2017 | 10:03am

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini berikutan sentimen pelabur dipacu oleh paras rekod tinggi yang dicatatkan Wall Street pada Jumaat lalu.

Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) 2.98 mata lebih tinggi kepada 1,757.98 berbanding penutup pada Jumaat lalu pada paras 1,755.00.

Indeks utama itu dibuka 4.12 mata lebih tinggi kepada 1,759.12.

Dalam tempoh 25 minit dagangan dibuka, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 249 berbanding 116, manakala 1,419 kaunter tidak berubah.

Jumlah dagangan berada pada paras 256.987 juta saham bernilai RM91.082 juta.

Berita Harian X