Selasa, 7 Februari 2023 | 4:14pm
Reserve Bank of Australia (RBA) - Foto AP
Reserve Bank of Australia (RBA) - Foto AP

Kadar faedah di Australia naik sembilan kali berturut-turut

CANBERRA: Bank pusat Australia menaikkan kadar faedah penanda aras buat kali kesembilan berturut-turut kepada 3.35 peratus, ketika negara itu berdepan dengan peningkatan inflasi kepada 7.8 peratus pada suku keempat tahun lalu.

Keputusan Reserve Bank of Australia (RBA) untuk menaikkan kadar tunai sebanyak 0.25 mata asas sudah dijangka secara meluas selepas kadar inflasi tahunan bagi suku terakhir adalah yang tertinggi sejak 1990.

"Inflasi yang tinggi menyukarkan kehidupan orang ramai dan merosakkan fungsi ekonomi," kata Gabenor RBA, Philip Lowe dalam satu kenyataan.

"Jika kadar inflasi yang tinggi kekal, ia akan menjadi sangat sukar untuk dikurangkan kemudian," tambahnya.

Lembaga Pengarah telah menaikkan kadar faedah dalam cubaan membawa inflasi berada dalam sasaran 2.0 hingga 3.0 peratus, sambil mengharapkan ia dapat mengekang kemelesetan, katanya.

"Namun untuk mencapai sasaran tetap sukar," kata Lowe.

- AP

Berita Harian X