Jumaat, 25 March 2022 | 12:14pm
(Gambar fail) Seorang peniaga menyusun barangan runcit di kedainya di Pasar Payang. - NSTP/GHAZALI KORI
(Gambar fail) Seorang peniaga menyusun barangan runcit di kedainya di Pasar Payang. - NSTP/GHAZALI KORI

Kadar inflasi naik 2.2 peratus pada Februari

KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mengukur kadar inflasi di Malaysia meningkat 2.2 peratus pada Februari lalu, sekaligus melepasi purata inflasi bagi tempoh 2011 hingga Februari 2022 iaitu 1.9 peratus, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam laporan IHP Februari 2022 yang dikeluarkan hari ini.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata peningkatan inflasi itu telah didorong terutamanya oleh kenaikan dalam kumpulan pengangkutan (3.9 peratus) dan makanan & minuman bukan alkohol (3.7 peratus).

Ini katanya, diikuti oleh hiasan, perkakasan & penyelenggaraan isi rumah (3.2 peratus); restoran & hotel (2.6 peratus) dan perkhidmatan rekreasi & kebudayaan (1.6 peratus).

"Kenaikan inflasi makanan yang adalah penyumbang terbesar kepada keseluruhan wajaran Indeks Harga Pengguna, terus menjadi penyumbang utama kepada kenaikan inflasi negara.

"Peningkatan 3.7 peratus bagi kumpulan makanan & minuman bukan alkohol terutamanya disebabkan oleh kenaikan ketara komponen makanan di rumah yang meningkat 4.1 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

"Peningkatan ini terutamanya disebabkan oleh bahan mentah bagi penyediaan makanan seperti seperti ayam (14.2 peratus) dan telur (13.5 peratus). Selain itu,

Makanan di luar rumah juga meningkat 3.6 peratus berbanding 3.1 peratus yang dicatatkan pada Januari 2022," katanya.

Tambahnya, antara makanan yang menyumbang kepada peningkatan indeks makanan di luar rumah adalah masakan berasaskan daging (6.4 peratus), murtabak (6.2 peratus), nasi berlauk (6.0 peratus) dan Sate (5.4 peratus).

Katanya, kesemua subkumpulan bagi makanan & minuman bukan alkohol mencatatkan peningkatan.

"Subkumpulan daging terus menjadi penyumbang utama dalam kenaikan kumpulan

ini dengan peningkatan sebanyak 9.0 peratus. Ini diikuti oleh kenaikan susu,

keju & telur (5.1 peratus); sayur-sayuran (4.3 peratus); minyak & lemak (4.1 peratus) dan ikan & makanan laut (3.6 peratus).

"Kumpulan pengangkutan meningkat 3.9 peratus berikutan kesan asas yang lebih

rendah disebabkan oleh penetapan harga siling Petrol Tanpa Plumbum RON95

bermula Mac 2021 (RM2.05) dan masih tinggi berbanding harga purata RM1.96

per liter pada Februari 2021. Tambahan pula, harga purata Petrol Tanpa Plumbum

RON97 turut meningkat kepada RM3.21 per liter berbanding RM2.26 per liter pada

bulan yang sama tahun sebelumnya.

"Peningkatan harga minyak dunia ini dan susulan konflik antara Ukraine dengan

Russia mungkin menjejaskan rantaian bekalan merentasi ekonomi global. Ini akan

memberi implikasi ke atas kos pengangkutan dan inflasi negara. Pada ketika ini,

kerajaan masih mengekalkan harga minyak Petrol Tanpa Plumbum RON95 dan

Diesel bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak di pasaran

global," katanya.

Berita Harian X