Khamis, 3 Februari 2022 | 10:45am
Penyerahan kunci pada penduduk Kampung Pendas Baru pada bulan September 2021.
Penyerahan kunci pada penduduk Kampung Pendas Baru pada bulan September 2021.

ESG ke arah penciptaan nilai, kemakmuran ekonomi - IIB

KUALA LUMPUR: Iskandar Investment Bhd (IIB) sebuah syarikat pemegang pelaburan ditubuhkan pada November 2006 bagi memangkin pembangunan strategik Iskandar Malaysia yang diterajui oleh Datuk Khairil Anwar bin Ahmad sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif yang memegang jawatan itu sejak empat tahun lalu.

IIB juga turut dikenali sebagai Pemangkin Perubahan, IIB adalah peneraju utama di dalam transformasi Iskandar Malaysia menjadi metropolis serantau yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

IIB telah pelbagai pencapaian sejak penubuhannya pada 2006 yang kini dapat dilihat melalui

ekosistem lestari bagi perniagaan, pelabur dan komuniti di Iskandar Puteri. IIB telah menjadi pemacu pertumbuhan di dalam pelbagai sektor sejak 15 tahun lalu.

Sebagai warga korporat prihatin, IIB fokus dalam memacu pertumbuhan ekonomi dengan memastikan amalan terbaik alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) bagi memanfaatkan pelbagai pemegang kepentingan, termasuk komuniti tempatan, rakan perniagaan, pelabur dan kakitangan syarikat.

IIB sentiasa memberikan komitmen untuk membina persekitaran mampan yang memberi impak terhadap pemeliharaan alam sekitar dan mengukuhkan kemakmuran ekonomi dan kualiti kehidupan. Sebagai koridor ekonomi, IIB memberikan tumpuan kepada pertumbuhan holistik, menyeimbangkan kemakmuran ekonomi, kualiti kehidupan dan kelestarian alam sekitar.

Seiring dengan ulang tahun ke-15 IIB, inisiatif untuk memelihara alam sekitar di rantau ini akan menjadi salah satu agenda utama syarikat.

IIB mengutamakan kepentingan untuk bekerjasama dengan pelbagai pemegang Integrasi kerangka kerja ESG teguh ke arah pengukuhan penciptaan nilai dan kemakmuran ekonomi kepentingan, termasuk kerajaan, swasta dan komuniti bagi mencapai matlamat bersama di dalam membina alam sekitar yang lestari.

Di antara inisiatif yang dilaksanakan oleh IIB termasuk pemeliharaan hutan pokok bakau, Pasar Tani bagi komuniti setempat di Edible Park Medini dan pembersihan pantai dan dasar laut di Pulau Mersing yang membabitkan kerjasama semua pihak berkaitan.

Satu lagi pendekatan strategik amalan ESG adalah melalui agenda keselamatan makanan Johor bagi menangani impak susulan pandemik Covid-19. Pertanian Pintar akan diperkenalkan di tanah kosong di Iskandar Puteri untuk pembangunan dan pertumbuhan ekonomi. Peluang sedang diteroka bagi usaha sama pertanian pintar yang membabitkan pasaran eksport sumber organik dan sokongan program keselamatan makanan kerajaan Malaysia.

Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, IIB turut melaksanakan aktiviti kemasyarakatan yang memanfaatkan semua lapisan masyarakat termasuk komuniti setempat, rakan strategik, pelabur dan kakitangan.

Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah program bantuan makanan COVID-19 untuk penduduk tempatan di Iskandar Puteri yang terjejas akibat pandemik menerusi kolaborasi dengan Kerajaan Negeri dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, sumbangan kepada komuniti dan petugas barisan hadapan.

IIB memainkan peranan penting di dalam pemindahan penduduk ke Kampung Pendas Baru yang membabitkan 46 buah rumah di atas sebuah tanah milik persendirian pada bulan September 2021.

Projek pembinaan rumah telah dilaksanakan di plot kawasan baru bagi penempatan semula dengan kos sebanyak RM370,000.00 untuk setiap rumah. IIB telah memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM16.3 juta untuk menyempurnakan projek

ini.

Kesemua 46 buah rumah telah diserahkan oleh IIB kepada Kerajaan Johor. IIB turut membantu penduduk yang terlibat dalam proses pemindahan secara percuma.

IIB sentiasa komited untuk bekerjasama dengan Kerajaan Johor bagi memperkasakan agenda mewujudkan pemilikan rumah yang sah serta memastikan kepentingan penduduk setempat dan kelestarian sosio-ekonomi tempatan terjamin.

Sejak ditubuhkan pada 2006, IIB telah mewujudkan sebanyak 10,000 peluang pekerjaan di lima sektor promosi – industri kreatif, perkhidmatan pendidikan, perkhidmatan perniagaan, penjagaan kesihatan dan pelancongan, di Iskandar Puteri.

Selain itu, inisiatif pembangunan modal insan oleh IIB iaitu Perantis Iskandar telah diwujudkan untuk mendidik dan membangunkan bakat teknikal. Program itu menyokong skim PENJANA kerajaan – satu usaha untuk menangani pengangguran disebabkan pandemik COVID-19.

Di dalam memastikan kesemua inisiatif ESG ini dilaksanakan secara telus, IIB memastikan standard tadbir urus korporat dipantau melalui Sektor Tadbir Urus syarikat. Sektor ini merangka formula dan memacu kerangka kerja pengurusan risiko IIB bagi memastikan pematuhan tadbir urus yang berkesan bagi warga IIB, antaranya dengan melancarkan Pelan Anti Korupsi IIB pada tahun 2021.

IIB sentiasa proaktif dalam mempraktikkan kelestarian alam sekitar, tanggungjawab sosial dan tadbir urus yang telus dalam semua urusan pentadbiran syarikat. Penularan Covid-19 telah melonjakkan konsep ESG dalam landskap perniagaan. ESG kini semakin diintegrasikan ke dalam proses membuat keputusan di peringkat pelabur institusi, memberikan kesedaran kepada pengurusan syarikat untuk mematuhi keperluan berkenaan.

Berita Harian X