Selasa, 18 Januari 2022 | 12:10pm
Bank Negara Malaysia (BNM) - Foto Bloomberg
Bank Negara Malaysia (BNM) - Foto Bloomberg

BNM kaji penggunaan mata wang digital

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang menilai potensi manfaat penggunaan mata wang digital, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank pusat itu secara aktif sedang mengkaji tawaran nilai mata wang digital bank pusat (CBDC) ke Malaysia, katanya dalam satu jawapan e-mel kepada pertanyaan Bloomberg.

"Walaupun keputusan belum dibuat untuk mengeluarkan CBDC, kami menumpukan penyelidikan terhadapnya menerusi konsep pembuktian dan eksperimentasi untuk meningkatkan keupayaan teknikal dan dasar, sekiranya keperluan untuk mengeluarkan CBDC muncul pada masa hadapan."

Malaysia pada September tahun lalu menyertai Bank for International Settlements, Australia, Singapura dan Afrika Selatan untuk menguji penggunaan mata wang digital bank pusat bagi penyelesaian antarabangsa melalui platform perkongsian dalam satu projek dinamakan Project Dunbar.

Beberapa negara, terutama China, sudah menguji penggunaan mata wang digital diterbitkan oleh bank pusat sebagai satu kaedah untuk menjadikan segala-galanya, daripada pemindahan antara bank hingga pembelian pengguna, lebih mudah dan cekap.

China menawarkan penggunaan yuan digital kepada atlet dan penonton menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk, yang bermula bulan depan.

-Bloomberg

Berita Harian X