Jumaat, 31 Disember 2021 | 10:58am
Timbunan sampah barangan rumah yang rosak ditenggelami banjir di Batu 18 Hulu Langat - NSTP/Aswadi Alias
Timbunan sampah barangan rumah yang rosak ditenggelami banjir di Batu 18 Hulu Langat - NSTP/Aswadi Alias

DOSM buat kaji selidik impak banjir

PUTRAJAYA: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sedang melaksanakan kaji selidik penilaian impak disebabkan bencana banjir yang berlaku di Malaysia.

DOSM berkata, kaji selidik itu dilaksanakan bagi menilai impak bencana banjir dari segi nilai kos kerosakan dan kerugian.

Selain itu, katanya ia dapat memberikan dapatan dari sudut kategori kerosakan di tempat kediaman dan di premis perniagaan atau bukan tempat kediaman.

"Kaji selidik dilaksanakan bermula 30 Disember 2021 sehingga 12 Januari 2022 secara secara bersemuka serta berdasarkan penilaian melalui pemerhatian," katanya dalam satu kenyataan.

Bagi mendapatkan keterangan lanjut berhubung survei ini, sila hubungi DOSM di info@dosm.gov.my.

BH sebelum ini melaporkan bencana banjir yang melanda beberapa negeri termasuk di Lembah Klang pada 18 Disember lalu dianggarkan mengakibatkan kerugian sebanyak RM15 bilion kepada ekonomi negara setakat ini.

Kiraan yang dibuat oleh penganalisis ekonomi itu dibuat berdasarkan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara iaitu kira-kira RM1.5 trilion didarabkan dengan peratusan sumbangan KDNK Selangor dan Pahang iatu kira-kira 35 peratus sepanjang tempoh 10 hari banjir berlaku.

Selangor dan Pahang adalah dua negeri yang terjejas teruk semasa banjir baru-baru ini.

Berita Harian X