Selasa, 21 Disember 2021 | 3:15pm

Banjir: Bungkusan mungkin lewat sampai atau dibatalkan - Shopee

KUALA LUMPUR: Shopee memaklumkan penghantaran bungkusan kepada pelanggan oleh penjual tempatan mungkin tertangguh atau dibatalkan susulan banjir yang melanda beberapa kawasan di seluruh negara.

Dalam kenyataan di laman sosial Instagram, Shopee berkata, peniaga tempatan di bawah platform e-dagang itu terjejas akibat banjir menyebabkan bungkusan pelanggan lewat sampai atau sebahagiannya mungkin terpaksa dibatalkan.

"Shopee ingin memaklumkan bungkusan anda mungkin lewat sampai. Ada penghantaran bungkusan terpaksa di batalkan dan kami akan membuat bayaran balik penuh.

"Selain itu, kami juga akan melanjutkan tarikh pemulangan bungkusan pembeli.

"kami berharap pelanggan dapat terus memberi sokongan kepada peniaga kami untuk kembali beroperasi semula," katanya.

Berita Harian X