Isnin, 20 Disember 2021 | 10:37am
Tinjauan dari udara bersama Unit Udara PDRM di kawasan terjejas banjir di Shah Alam berikutan hujan berterusan sehingga mengakibatkan beberapa kawasan penempatan penduduk terjejas. - NSTP/ASYRAF HAMZAH
Tinjauan dari udara bersama Unit Udara PDRM di kawasan terjejas banjir di Shah Alam berikutan hujan berterusan sehingga mengakibatkan beberapa kawasan penempatan penduduk terjejas. - NSTP/ASYRAF HAMZAH

Banjir: Hong Leong Bank tawar moratorium pinjaman enam bulan

KUALA LUMPUR: Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB) menggerakkan program Bantuan Banjir dengan menawarkan penangguhan bayaran balik pinjaman/pembiayaan selama enam bulan.

Dalam satu kenyataan, HLB berkata, bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir itu merangkumi kemudahan pinjaman dan pembiayaan, termasuk kad kredit untuk pelanggan individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mikro.

"Pembiayaan tambahan juga akan disediakan kepada pelanggan PKS dan perusahaan mikro sedia ada yang memerlukan modal kerja untuk memudahkan pemulihan perniagaan mereka akibat banjir," katanya.

HLB berkata, pelanggan terjejas yang sedang menerima bantuan di bawah Pelan Bantuan Bantuan Pembayaran Bank (PRAP) atau Bantuan Pembayaran Balik Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) juga layak memohon Bantuan Banjir.

"Bank juga menawarkan penggantian percuma bagi dokumen berkaitan bank seperti kad debit dan kredit serta cek dan penyata bank yang rosak atau hilang dalam banjir," katanya.

Menurut HLB, pelanggan boleh memohon bantuan itu dengan menghubungi Bantuan Banjir HLB/HLISB di 03 7959 1888, e-mel di CollsCustomerFeedback@hlbb.hongleong.com.my atau layari https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/news-updates/flood-customer-r....

Bagi pelanggan PKS dan korporat boleh meminta bantuan dengan menghubungi Pengurus Perhubungan mereka.

Berita Harian X