Ahad, 19 Disember 2021 | 7:53pm
Keadaan kenderaan penduduk yang dihanyutkan banjir di Kampung Batu 18, Hulu Langat. - NSTP/Saifullizan Tamadi
Keadaan kenderaan penduduk yang dihanyutkan banjir di Kampung Batu 18, Hulu Langat. - NSTP/Saifullizan Tamadi

Bank sedia bantu peminjam terjejas banjir - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Sektor perbankan bersedia menawarkan program bantuan pembayaran kepada peminjam yang terkesan akibat banjir, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata butiran lanjut akan dikongsi oleh Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM), Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan (ADFIM) dan bank-bank yang terbabit dalam masa terdekat.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Ini adalah hasil daripada perbincangan Kementerian Kewangan (MOF) dengan Bank Negara Malaysia (BNM), ABM, AIBIM dan ADFIM, katanya dalam kenyataan hari ini. - BERNAMA

Berita Harian X