Khamis, 2 Disember 2021 | 3:09pm
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) -NSTP/Salhani Ibrahim
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) -NSTP/Salhani Ibrahim

KWSP tutup cawangan di KL, Labuan esok

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan

menutup cawangannya di Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan esok, sempena cuti umum bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

KWSP dalam kenyataannya berkata, ahli di Kuala Lumpur yang ingin menjalankan sebarang transaksi di kaunter KWSP boleh pergi ke cawangan lain yang terdekat di Petaling Jaya di PJX-HM Shah

Tower, Puchong, Shah Alam atau Gombak.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengisytiharkan Jumaat sebagai cuti umum di Wilayah Persekutuan bagi meraikan kemenangan KL City FC pada Piala Malaysia buat kali pertama sejak 32 tahun.

"Ahli juga digalakkan untuk melakukan transaksi tertentu dalam talian melalui i-Akaun," katanya.

Berita Harian X