Isnin, 2 November 2020 | 3:15pm
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), Nik Amlizan Mohamed
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), Nik Amlizan Mohamed

Nik Amlizan CEO baharu KWAP

 

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) melantik Nik Amlizan Mohamed sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) yang baharu berkuatkuasa hari ini.

KWAP dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Nik Amlizan itu menggantikan Syed Hamadah Syed Othman yang telah tamat kontraknya selama dua tahun berakhir pada 31 Oktober lalu.

Nik Amlizan sebelum ini adalah CEO Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sejak 2018.

"Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) KWAP. 

"Kerjaya profesionalnya lebih dari 25 tahun dalam perkhidmatan kewangan dan dana pencen, mengawasi fungsi pelaburan di semua kelas aset.

"Beliau juga mempunyai pengalaman luas dalam industri pengurusan dana, perubahan transformasi dan pengurusan, serta tadbir urus korporat," katanya.

Nik Amlizan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Claremont McKenna College, Amerika Syarikat (AS).

Berita Harian X