Khamis, 26 March 2020 | 5:30pm
Kad kredit.
Kad kredit.

COVID-19: Soalan lazim Bank Negara - Penukaran Baki Kad Kredit Kepada Pinjaman Bertempoh 3-Tahun

S: Saya mempunyai dua kad kredit dengan jumlah yang besar, dan saya diberhentikan kerja pada bulan Januari. Saya tidak dapat memenuhi obligasi bulanan kad kredit saya sejak Januari dan saya sangat risau tentang akibatnya. Adakah saya layak untuk menukar baki tertunggak ini kepada pinjaman bertempoh? Bagaimanakah keadaan ini boleh dilaksanakan? Adakah saya perlu menghubungi bank saya untuk membuat permohonan?

J: Jika anda tidak dapat memenuhi pembayaran bulanan minimum kad kredit anda selama 3 bulan terakhir berturut-turut, pengeluar kad anda akan menukarkan baki tertunggak kepada pinjaman bertempoh yang tidak lebih 3 tahun dengan faedah efektif tidak lebih daripada/pembiayaan 13% setahun.

S: Saya dengar kini bank akan menyediakan penukaran baki kad kredit secara automatik kepada pinjaman bertempoh, tetapi saya mempunyai gaji bulanan kira-kira RM5,500. Adakah saya layak mendapat pakej penukaran ini daripada bank?

J: Bank akan menukarkan baki kad kredit terkumpul pemegang kad yang tidak dapat memenuhi pembayaran bulanan minimum berturut-turut selama 3 bulan terakhir, tanpa mengira tahap pendapatan pemegang kad.

S: Bolehkah pemegang kad kredit yang telah menukar baki kad mereka ke dalam pinjaman bertempoh terus memohon untuk mendapatkan 6 bulan penangguhan pakej pinjaman atau pembiayaan?

J: Ya mereka boleh berbuat demikian. Pembayaran balik pinjaman/pembiayaan akan disambung semula selepas tempoh penangguhan.

S: Jika baki kad kredit saya ditukar kepada pinjaman bertempoh, adakah saya masih boleh menggunakan kad kredit saya?

J: Ya, Anda boleh terus menggunakan kad kredit sehingga had kredit yang masih ada setelah mengambil kira baki yang diubah menjadi pinjaman/pembiayaan bertempoh. Baki tertunggak yang ditukar kepada pinjaman/pembiayaan bertempoh dianggap sebagai sebahagian daripada had kad kredit. Di samping itu, bayaran ansuran pinjaman/pembiayaan bulanan akan menjadi sebahagian daripada jumlah pembayaran bulanan minimum kad kredit berkenaan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X