Rabu, 22 Januari 2020 | 10:27pm
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking. - NSTP/Saifullizan Tamadi
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking. - NSTP/Saifullizan Tamadi

'China akan terus beli minyak sawit Malaysia'

SINGAPURA: Malaysia dijangka tidak mengalami kerugian daripada perniagaan sawit bersama China, walaupun Beijing akan meningkatkan pembelian kacang soya dari Amerika Syarikat (AS) selepas perang perdagangan.

“Saya tidak fikir begitu,” kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking dalam satu temubual Bloomberg Television bersama Haslinda Amin di Forum Ekonomi Dunia, dekat Davos, Switzerland.

Beliau berkata demikian semasa ditanya mengenai impak terhadap eksport sawit yang kritikal kepada Malaysia.

“China dan Malaysia mempunyai hubungan yang panjang. Kuala Lumpur menawarkan bantuan diplomatik dan ekonomi kepada Beijing di tengah-tengah cabarannya bersama AS.

“China terus menjadi sahabat yang baik,” katanya.

Perjanjian antara AS-China yang dimeterai minggu lalu mempunyai potensi kurang baik untuk Malaysia, kerana ia dijangka menekan harga sawit.

China memberi jaminan kepada rakan perdagangannya bahawa semua berjalan seperti biasa walaupun kerajaannya berikrar, perjanjian bersama AS akan meningkatkan secara ketara pembelian kacang soya AS.

Leiking juga mahu meredakan kebimbangan berhubung isu India-Malaysia, dengan berkata kedua-dua kerajaan berbincang mengenai isu itu dan Malaysia tidak diketepikan oleh India, salah satu ‘rakan perdagangan penting’ negara ini.

-Bloomberg

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X