Rabu, 27 November 2019 | 6:52pm

ADIA kaji langgan AS$1 bilion IPO Aramco

DUBAI/ABU DHABI: Pihak berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) mempertimbangkan untuk melabur sekurang-kurangnya AS$1 bilion (RM4.18 bilion) dalam tawaran awam permulaan (IPO) Saudi Aramco.

Ia yang mana turut bergantung kepada pelabur Arab Saudi dan Teluk untuk meningkatkan dana sehingga AS$25.6 bilion (RM106.99 bilion), demikian menurut lima sumber rapat mengenai perkara itu.

Keputusan muktamad mengenai jumlah berkenaan belum diperoleh dan perlu menunggu keputusan daripada lembaga pengarah ADIA, menurut salah satu sumber itu.

ADIA, yang dianggarkan memiliki jumlah aset hampir AS$700 bilion (RM2.9 trilion), dipengerusikan Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed Al-Nahyan, manakala timbalannya ialah Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Zayed Al-Nahyan.

Bagaimanapun, jurucakap ADIA dan Aramco enggan mengulas mengulas lanjut.

Dua daripada sumber itu berkata, ADIA sedang menimbang pelaburan sekurang-kurangnya AS$1 bilion, manakala dua sumber lain berkata jumlah itu antara AS$1.5 bilion hingga AS$2 bilion.

Gergasi minyak Arab Saudi, Aramco berusaha untuk menarik pelabur utama bagi untuk IPO mereka, yang berkemungkinan berpotensi terbesar di dunia.

Syarikat itu juga turut berusaha untuk mendapatkan Pihak Berkuasa Pelaburan Kuwait dan GIC Singapura.

Aramco merancang untuk menjual 1.5 peratus sahamnya, yang menjadikan nilai pasaran keseluruhan syarikat itu antara AS$1.6 trilion (RM6.67 trilion) hingga AS$1.7 trilion (RM7.1 trilion).

-REUTERS

Berita Harian X