Rabu, 25 September 2019 | 8:36am

Jerman selamatkan cabang penerbangan Thomas Cook

BERLIN: Jerman akan menjamin pinjaman bernilai 380 juta euro (AS$418.6 juta) untuk Condor, syarikat penerbangan Jerman yang dimiliki oleh pengendali pengembaraan British, Thomas Cook, bagi membolehkannya terus beroperasi dan menyelamatkan kakitangan daripada dihentikan, kata menteri ekonomi.

Syarikat penerbangan itu, yang selama ini mencatatkan keuntungan, berkata ia akan meneruskan operasi dan akan meminta kerajaan Jerman untuk bantuan pinjaman meskipun syarikat induknya runtuh. Ia adalah entiti undang-undang yang berasingan daripada Thomas Cook.

"Condor adalah sebuah syarikat yang menguntungkan dan sehubungan itu, keputusan kami berdasarkan pada faktor ekonomi, bukan pada kriteria politik," kata Peter Altmaier, sambil menambah keputusan itu bermakna sekitar 5,000 pekerja yang dapat terus bekerja.

Altmaier, yang berkata bantuan tersebut tertakluk kepada kelulusan Kesatuan Eropah (EU), menambah bahawa pelan itu akan membantu 240,000 pelancong dari Jerman yang masih bercuti untuk pulang ke rumah. - Reuters

Berita Harian X