Selasa, 17 September 2019 | 1:44pm
Telefon pintar baharu Galaxy A50s.
Telefon pintar baharu Galaxy A50s.

Samsung Malaysia lancar Galaxy A50s, A30s

KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd melancarkan telefon pintar baharu Galaxy A50s dan A30s, yang ditawarkan untuk belian mulai 21 September.

Galaxy A50s dan A30s ditawarkan dalam tiga warna iaitu prism crush black, prism crush white dan prism crush green, dengan harga runcit dicadangkan masing-masing RM1,299 dan RM899.

Ketua pemasaran produk PKS, IT dan perniagaan mudah alihnya, Luke Au berkata telefon pintar Galaxy turut didatangkan dengan wajah kontemporari baharu dan inovasi ditambah baik.

“Ia dibuat khusus untuk generasi Z untuk merakamkan dan berkongsi pengalaman mereka. Ia adalah langkah seterusnya untuk menyampaikan tahap prestasi seterusnya kepada ciri-ciri harian yang penting,” katanya kepada pemberita selepas program Samsung Galaxy A50s dan A30s Media Experiential, di sini hari ini.

Dipasangkan dengan bateri 4,000 mAh berdaya tahan lama dengan keupayaan dicaj dengan cepat dan booster permainan berasaskan AI, A50s dan A30s menawarkan pengalaman permainan berterusan tanpa bimbang mengenai tenaga kuasa.

Pengguna akan dihubungkan tanpa batasan kepada ekosistem Galaxy dan menikmati perkhidmatan menyeluruh termasuk Samsung Health, Samsung Pay dan Knox.

Untuk maklumat lanjut mengenai siri Galaxy A, layari it http://www.samsung.com.my. - BERNAMA

Berita Harian X