Rabu, 11 September 2019 | 7:20pm
Naib Presiden Pemasaran MR.D.I.Y, Andy Chin. - Foto Nurul Shafina Jemenon

MR.D.I.Y. dan Shopee bekerjasama dalam 'Shopee's Super Brand Day'

KUALA LUMPUR: MR.D.I.Y. Group (M) Sdn Bhd bekerjasama dengan platform e-dagang, Shopee untuk meraikan "Shopee’s Super Brand Day" dari 13-17 Sept dan sempena Hari Malaysia.

Dalam kenyataan hari ini, MR.D.I.Y, peruncit barangan perkakasan rumah terbesar Malaysia, berkata kempen selama lima hari itu akan bermula dengan "RM1 Deal", menawarkan sebanyak 350 unit produk untuk harga terbabit.

Pelanggan juga boleh menikmati lebih banyak tawaran hebat daripada Shopee’s Live Show, yang akan menawarkan produk terbaik daripada MR.D.I.Y.

"Dengan setiap pembelian RM55 dan ke atas semasa “Shopee’s Super Brand Day” pada 16 September, pelanggan berpeluang menerima bendera Malaysia daripada MR.D.I.Y. secara percuma," katanya.

Naib Presiden Pemasaran MR.D.I.Y, Andy Chin, berkata sepanjang September, syarikat turut memberi penghormatan kepada jenama Malaysia melalui kempen "Proudly Made in Malaysia", iaitu produk Malaysia yang terpilih dijual dengan diskaun sehingga 30 peratus.

Di bawah kempen "Proudly Made in Malaysia" yang berlangsung dari 14 -16 September, MR.D.I.Y akan menawarkan sebanyak 450 unit produk "RM1 Deal" di Shopee.

Dari 13-16 September, pelanggan akan turut menerima baucer diskaun RM6, RM10 dan RM15 dengan setiap pembelian RM55, RM75 dan RM100 dalam daftar keluar yang sama.

Bagi kempen D-Day pada 17 September, pelanggan akan dapat membeli 500 unit produk “RM1 Deal”, dan mendapat baucer diskaun RM8, RM12 dan RM20 dengan setiap pembelian RM55, RM75 dan RM100 dalam daftar keluar yang sama.

Selain itu, pada waktu terpilih sepanjang D-Day, pelanggan boleh mendapat baucer RM16 dengan pembelian RM75. - BERNAMA

422 dibaca
Berita Harian X