Selasa, 2 Julai 2019 | 4:32pm
KETUA Perangkawan, Datuk Dr Mohd Uzir Mahidin. NSTP/Rohanis Shukri
KETUA Perangkawan, Datuk Dr Mohd Uzir Mahidin. NSTP/Rohanis Shukri

Syarikat sekutu asing jana ekonomi negara

KUALA LUMPUR: Syarikat sekutu asing menyumbang 17.4 peratus kepada ekonomi Malaysia pada 2018, dengan nilai ditambah sebanyak RM252.5 bilion.

Ia dijana oleh 2,982 syarikat sekutu asing di Malaysia, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Sektor pembuatan kekal sebagai penyumbang terbesar dengan 45.3 peratus daripada jumlah nilai ditambah, diikuti oleh sektor perlombongan dan pengkuarian sebanyak 28.1 peratus.

Ketua Perangkawan, Datuk Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata syarikat sekutu asing

mengupah 858,172 orang dengan jumlah pampasan pekerja berjumlah RM48.4 bilion.

Katanya, bilangan pekerja tertinggi yang terbabit dalam sektor pembuatan adalah 649,700 orang dengan nilai pampasan pekerja RM33.1 bilion pada 2018.

“Sektor Perkhidmatan seramai 164,188 orang pekerja dibayar RM11.1 bilion pampasan pekerja adalah penyumbang kedua terbesar,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga menyatakan bahawa eksport affiliate asing merekodkan RM306.2 bilion, yang menyumbang 30.8 peratus kepada jumlah eksport barangan dan perkhidmatan Malaysia pada 2018.

Sementara itu, import mencatatkan RM272.3 bilion dengan nilai sumbangan 30.5 peratus daripada jumlah import barangan dan perkhidmatan Malaysia.

Kedua-dua eksport dan import terutama daripada sektor pembuatan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X