Isnin, 25 March 2019 | 9:57am
- Gambar hiasan
- Gambar hiasan

Ringgit lemah pada awal dagangan

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan awal ditarik turun turun oleh harga minyak yang lebih rendah, kata peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.0650/0750 berbanding 4.0600/0650 penutup Jumaat.

Peniaga berkata, pelabur kini akan memberi tumpuan kepada bekalan minyak mentah dunia, di tengah-tengah isyarat bahawa pengurangan pengeluaran yang diketuai Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), membantu mengurangkan lebihan dalam pasaran.

"Prestasi ringgit sangat bergantung kepada kestabilan harga minyak," katanya.

Brent berada pada AS$66.22 satu tong.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 3.7018/7120 daripada 3.6735/6784, susut berbanding euro kepada 4.5898/6015 daripada 4.5882/5959 Jumaat, dan turun berbanding pound Britain kepada 5.3601/3753 daripada 5.3178/3260.

Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0044/0123 daripada 3.0047/0096.

- BERNAMA

Berita Harian X