Khamis, 14 Februari 2019 | 9:51am
WAKIL Perdagangan AS, Robert Lighthizer (kiri) ketika ditemui di Beijing. - Foto EPA
WAKIL Perdagangan AS, Robert Lighthizer (kiri) ketika ditemui di Beijing. - Foto EPA

AS, China memulakan perbincangan perdagangan peringkat tinggi hari ini

BEIJING: China dan Amerika Syarikat (AS) memulakan rundingan perdagangan peringkat tinggi di Beijing hari ini, demikian menurut agensi berita rasmi Xinhua.

Rundingan itu diketuai Naib Perdana Menteri China Liu He; Wakil Perdagangan AS, Robert Lighthizer; dan Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin, dan akan berakhir pada Jumaat ini, kata Xinhua dalam laporan ringkas.

Tekanan untuk memuktamadkan persetujuan sebelum tarikh akhir Mac berkurangan berikutan Presiden Donald Trump memberi isyarat bahawa Washington kini bersedia untuk melanjutkan gencatan perang perdagangan, sementara menunggu perkembangan rundingan di Beijing.

Trump Disember lalu menahan kenaikan tarif mendadak ke atas AS$200 bilion import China untuk memberi cukup masa bagi perunding itu mencapai resolusi penyelesaian. - Agensi

Berita Harian X