Jumaat, 30 November 2018 | 9:32am
- Gambar hiasan
- Gambar hiasan

Peningkatan bekalan AS tolak turun harga minyak

SINGAPURA: Harga minyak susut hari ini selepas Amerika Syarikat (AS) melaporkan peningkatan rizab minyak mentah komersial untuk 10 minggu berturut-turut.

West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$51.30 satu tong pada 0023 GMT, turun 15 cent, atau 0.3 peratus daripada penutup sebelumnya.

Penanda aras antarabangsa Brent belum dibuka untuk didagangkan.

Inventori minyak mentah komersial AS meningkat 3.6 juta tong pada minggu berakhir 23 November kepada 450.49 juta tong, demikian menurut data Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA).

Sementara itu, pengeluaran kekal pada rekod 11.7 juta tong sehari.

Rizab minyak mentah meningkat 6.4 bilion tong, atau 19.5 peratus, kepada 39.2 bilion tong pada akhir 2017, lebih tinggi berbanding rekod 39 bilion pada 1970, kata EIA.

"Dengan kebimbangan berhubung lebihan bekalan, tinjauan bagi Brent dan WTI kekal bearis," kata Lukman Otunuga, penganalisis di firma pembrokeran FXTM. - Reuters

Berita Harian X