Jumaat, 23 November 2018 | 11:21am
- Gambar hiasan
- Gambar hiasan

Pasaran minyak terus lemah

SINGAPURA: Pasaran minyak kekal lemah hari ini, menerima tekanan daripada kebimbangan bahawa pengeluar terus mengeluarkan lebih banyak minyak daripada yang diperlukan dunia, di tengah-tengah tinjauan ekonomi yang suram.

Dagangan hadapan West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$54.07 sau tong pada 0204 GMT, turun 56 cent, atau satu peratus, di bawah penutup sebelumnya.

Dagangan hadapan Brent pula berada pada AS$62.64 satu tong, empat cent di atas penutup sebelumnya di tengah-tengah dagangan sempit disebabkan cuti umum di Jepun.

"Harga minyak turun berikutan kebimbangan lebihan bekalan lanjut mendorong turun sentimen," kata bank ANZ.

Brent berkemungkinan mencecah paras terendah 20 November AS$61.71 satu tong dalam tempoh terdekat, demikian menurut penganalisis teknikal Reuters Wang Tao.

Bekalan minyak meningkat tahun ini, dengan tiga pengeluar utama Amerika Syarikat (AS), Russia dan Arab Saudi mengempam lebih daripada satu pertiga penggunaan global, iaitu sekitar 100 juta tong sehari. - Reuters

Berita Harian X